Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Gadis Melayu Bangga...

SEMAKIN hari semakin 'nazak' nampaknya perangai remaja di negara ini apabila tanpa segan...

PDRM Bakal Guna Proton...

DUA gambar yang  kini sedang viral di laman sosial memperlihatkan Polis Diraja Malaysia...

Coronavirus: Selidik Maklumat Sebelum...

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh...

Vivo X5 Max Dilancarkan,...

Vivo secara rasminya telah melancarkan X5 Max yang kini akan mengambil alih tahta...

SWCorp Kedah Sasar Sifar Aduan Sampah Tahun Ini

ALOR SETAR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah yakin dapat mencapai sasaran sifar aduan tentang pengurusan sisa sampah di negeri ini menjelang akhir tahun ini.

Pengarah SWCorp Kedah Hazahar Hashim berkata keyakinan untuk mencapai sasaran itu adalah berdasarkan penurunan drastik jumlah aduan yang diterima sejak pertengahan tahun 2017 berbanding tahun 2016.

“Sepanjang tahun 2016, kita menerima ratusan aduan berkaitan pengurusan sisa sampah namun sejak pertengahan 2017 jumlah aduan itu menurun dengan mendadak yang mana aduan diterima berada di bawah angka lima.

“Jadi sasaran SWCorp untuk sifar aduan ini mampu dicapai pada akhir tahun ini. Pada 2010, Kedah digelar sebagai negeri sampah tetapi kini menjadi negeri contoh yang bersih, jadi sasaran sifar sampah pada tahun 2019 juga mampu dicapai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, isteri Menteri Besar Kedah Datin Seri Hizam Awang Ahmad telah merasmikan program Muafakat Ke Arah Kelestarian Kebersihan Persekitaran di Flat Seri Gemilang, di sini yang dihadiri lebih 100 penduduk.


Mengenai program itu, Hazahar berkata ia bertujuan menggalakkan orang awam untuk turut sama menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal masing-masing selain mendidik masyarakat untuk mengamalkan kitar semula. – BERNAMA

Kategori