Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Janji Zamihan Letak...

Mungkin ramai yang sudah tahu, saya bukanlah peminat Dr Maza. Tapi cara Zamihan...

JAIS Mahu Isu Politik...

SEMUA masjid dan surau di Selangor diarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak...

PAS Hanya Pengacau Pilihan...

PEKAN — Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan PAS sebagai pengacau...

Juara Snuker Dunia Kotakan...

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker...

Syabu: Pemandu Teksi Terselamat Hukuman Gantung

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah syabu hampir enam kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak melepaskan Johnson Ooi Teck Kuang, 38, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Sofian berkata mahkamah mendapati tertuduh tidak mempunyai pemilikan ke atas dadah yang dijumpai di dalam but kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di sebuah hotel.

“Tertuduh juga tiada kaitan dengan kenderaan itu dan ia bukan kepunyaannya selain kunci kenderaan dijumpai bukan daripada beg sandang tertuduh tetapi di tempat lain,” katanya yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 13 saksi pendakwaan dan tertuduh sebagai saksi tunggal pembelaan pada perbicaraan bermula Mei tahun lalu.

Ooi didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine (syabu) berat bersih 5.98 kilogram di lot parkir No 68, tingkat 4 sebuah hotel di Jalan Pahang, di sini pada 8.45 malam, 11 Ogos 2016.


Lelaki itu yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang manakala tertuduh diwakili peguam Surjan Singh Sidhu. – BERNAMA

Kategori