Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rugi RM6,500 Kerana Percaya...

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM6,500 setelah berurusan dengan individu yang mendakwa...

KWP Cadang Gelanggang Futsal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan kemudahan gelangang futsal secara percuma...

UMNO Bincang Hala Tuju...

KUALA LUMPUR - Tiada pertemuan fizikal membabitkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO...

Selepas 3 Tahun, Neelofa...

PENGACARA dan pelakon terkenal Neelofa kini berjaya mematerikan namanya sebagai Queen of Social...

Tak Perlu Risau Kes Tembak Imam Palestin

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia tidak perlu risau berhubung kes tembak imam warga Palestin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi perisikan sebuah negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kejadian itu tidak melibatkan warganegara namun pemantauan tetap akan dilakukan.

Katanya, siasatan rapi juga masih dijalankan berhubung kes pembunuhan itu.

“Orang tempatan tak perlu risau sebab tiada kena-mengena dengan dia (rakyat Malaysia). Kalau kes ini ada penglibatan ejen asing pun, ia bukan melibatkan rakyat kita. Jadi tak perlu risau,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Bukit Kempas, di sini, hari ini.

Nur Jazlan juga tidak menolak kejadian itu berkemungkinan impak daripada pergolakan yang berlaku di negara asal mereka namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam siasatan.

“Soal sekarang ini, sama ada warga negara Palestin dan warganegara lain yang terlibat dengan peperangan dan sebagainya, mereka datang ke sini untuk mencari perlindungan. Kita terima mereka dan memberikan perlindungan.

“Masalahnya adalah masalah yang mungkin dibawa dari negara asal itu memberi impak kepada mereka yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, seorang imam yang juga Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Dr. Fadi Mohammed Al Batsh ditembak ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh.

Siasatan awal polis mendapati suspek menaiki motosikal telah melepaskan lebih 10 das tembakan kepada mangsa yang berusia 35 tahun itu.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan ejen perisikan sebuah negara yang bermusuhan dengan Palestin. – BERNAMA

Kategori