EKORAN gambar yang dimuat naik oleh pendatang baharu, Ismail Izani sehingga tular menjadi bualan hangat, kini tuan empunya badan mula membela diri.
Baca: Salah ‘Parking’, Ismail Terima Banyak Komen Nakal
Bagi penyanyi lagu Luar Biasa itu, dia enggan memberi ulasan lanjut berkaitan gambar memperlihatkan terdapat satu ‘benjolan’ di dalam seluarnya ketika menghadiri temu ramah bagi program Melodi pada minggu lalu.
Memetik daripada portal Harian Metro, penyanyi berusia 19 tahun itu sudah memadam gambar berkenaan daripada laman sosialnya selepas mengetahui tentang perkara berkenaan.
“Saya tidak menyedari gambar itu ada sesuatu tidak kena dengan seluar dipakaikan ketika berkongsinya di Instagram.
“Selepas isu terbabit timbul saya segera memadamkan gambar itu,” kata Ismail.
Gambar berkenaan mula tular selepas ada netizen memuatnaik foto itu di laman sosial Twitter seterusnya membuatkan penyanyi itu menerima banyak komen nakal di ruangan komen.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu itu kerana menganggap bahawa ia merupakan satu kejadian yang tidak disengajakan.
Malah, Ismail turut berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini jika ingin memuat naik sebarang gambar di media sosial supada dapat mengelak daripada timbulnya apa-apa kontoversi yang tidak patut.
“Saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Lagi pun, lama-kelamaan, orang akan melupakannya,” ujarnya lagi.
Tak mengapalah, mungkin apa yang terjadi ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat Ismail selepas ini kerana sebagai selebriti, dia juga perlu menjaga nama baiknya. – MYNEWSHUB.CC/AH