Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Menepati Hasrat...

SEREMBAN - Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

7 Maut, 11 Cedera...

SEOUL - Tujuh penghuni sebuah kompleks studio tiga tingkat maut manakala 11 lain...

Video: “Kau Ingat Malaysia...

BUKAN sahaja menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk, malah cuba menjadikan kawasan...

Azlan Man Nafi Akan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan khabar...

Tapir Betina Sesat Gempar Penduduk Sik

ALOR SETAR – Penduduk di Perkampungan Beris Jaya, dekat Sik, gempar apabila menemui seekor tapir betina yang dipercayai sesat berada di kawasan belakang rumah seorang penduduk, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Inche Ali@Muhammad Ali Che Aman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan tapir tersebut daripada orang awam sebelum menghantar pegawainya.

“Tiga orang pegawai dari Jabatan Perhilitan Daerah Sik yang dihantar ke kawasan itu berjaya menembak haiwan itu dengan ubat pelali dan membawa ke pejabat perhilitan dan veterinar untuk pemeriksaan lanjut.

“Tapir betina yang tidak diketahui umurnya itu tidak mengalami kecederaan dan buat masa ini kita sedang menunggu unit pemuliharaan tapir dari Kuala Lumpur untuk datang melihat keadaan haiwan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, tapir itu akan dilepaskan ke habitat asalnya di Hutan Ulu Muda dan Perhilitan negeri masih menjalankan kajian mengenai habitat tapir di Ulu Muda dan Yan. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori