TINDAKAN pelakon, Nelydia Senrose memuat naik foto memaparkan cincin di jari manisnya di akaun sosial Twitter miliknya baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Perkara itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti ingin tahu mengenai status aktres berkenaan.
Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 23 tahun yang kini sedang bercuti di luar negara itu menulis status menggambarkan dirinya kini sedang bahagia.
“Happiest day of my life. Dreams do come true (Hari paling gembira dalam hidup saya, impian jadi kenyataan),” tulis Nelydia.
Dalam pada itu menerusi entri yang berlainan, Nelydia turut mencatatkan tanggal 10 April dengan kapsyen yang ditulis yang dilihat menarik perhatian netizen.
“10 April 2018 – my heart bloom like these flowers (hati saya mekar seperti bunga-bunga ini)“ ujar pelakon drama, Lafazkan Kalimah Cintamu itu.
Pun begitu, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Nelydia berhubung perkara tersebut.
BACA :Â Hati Nelydia Senrose Telah Dicuri Jutawan Muda?
Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa Nelydia kini sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan seorang jutawan muda dikenali sebagai Mr. H.
Berita mengenai Nelydia menjalin kasih dengan jejaka berkenaan mula menjadi bualan hangat apabila sekeping gambar memaparkan dirinya berpelukan sambil tangan di dada lelaki terbabit bertebaran di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM