Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pahang Fokus Tangani Isu...

KUANTAN - Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan terhadap isu alam sekitar bagi...

‘Karnival Upin & Ipin...

KUALA LUMPUR – Karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, ‘Karnival Upin & Ipin’ akan berlangsung...

Perak Tawar Diskaun Kompaun...

IPOH – Kerajaan negeri menawarkan diskaun 70 peratus ke atas semua kompaun parkir...

GAMBAR: Romantis Ashraf Sinclair...

KALAU ada anugerah pasangan selebriti yang berstatus suami isteri paling romantis di rantau...

Tema Hitam-Gold, Niena Gementar Nak Naik Pelamin

BAGAIKAN musim naik pelamin, seorang demi seorang selebriti tempatan telah ataupun bakal menamatkan zaman bujang mereka dan antaranya ialah pemain gitar kumpulan Kristal, iaitu Rody.

BACA: Rockers Curi Hati Keeper Futsal Kebangsaan

JUGA: Hitung Detik Bahagia, Rody Kristal Nikah 27 April Ini

Namun, apa yang menariknya ialah debaran itu lebih ‘menyerang’ kepada bakal pemilik hatinya iaitu Nur Izwani Azman yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan!

Bagi Nur Izwani atau lebih dikenali sebagai Niena Azman, dia berasa sangat berdebar seperti perasaannya ketika perlu menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol!

“Perasaan itu lagi nervous daripada nak tunggu sepakan penalti. Kalau penalti saya dah tau nak buat apa… ada cara dia, tapi kalau kahwin ni debaran dia lain macam.

“Kita juga kena pakai cantik-cantik, kena make up. Saya ni pula jenis yang jarang bersolek, itu yang buat saya lagi berdebar,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Seperti pasangan lain, detik-detik akhir sebelum majlis telah digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan segala persiapan telah selesai supaya majlis nanti akan berjalan dengan lancar.

Jika pasangan lain akan berasa teruja dalam memilih tema untuk majlis pernikahan, lain pula bagi penjaga gol yang berpengalaman selama 13 tahun ini.

Dia dan Rody masing-masing telah bersetuju untuk memilih warna hitam dan gold (keemasan) sebagai warna tema ketika majlis tersebut nanti.

“Kita tak ada konsep khas tapi hitam dan gold (keemasan) akan jadi warna tema pakaian kami nanti. Warna tersebut melambangkan perwatakan sebenar kami.

“Hitam sebab Rody ‘rock‘ dan saya pula aktif bersukan. Gold (keemasan) pula melambangkan sisi lain kami iaitu keistimewaan kami yang orang lain tak nampak selama ini,” tambahya lagi.

Mereka bakal dinikahkan selepas solat Isyak pada Jumaat hadapan di sebuah hotel di Kulai, Johor dan majlis persandingan pula berlangsung pada keesokan harinya di sebuah dewan yang turut dihadiri oleh peminat.


Dalam masa yang sama, sebagai atlet sukan, Niena tetap akan terus aktif dalam dunia sukan walaupun dia bakal bergelar seorang isteri.

Sebagai seorang bakal suami, Rody sendiri memahami minat dan kerjaya bakal penyeri hidupnya itu yang sangat kuat dalam dunia sukan bola sepak.

“Rody tak ada masalah sebab dia dah sedia maklum mengenai minat saya. Dia amat memahami dan sentiasa menyokong apa yang saya lakukan,” tambah wanita berusia 31 tahun itu.

Kalau dah bakal suami tu orang seni, pasti akan ada sesuatu yang istimewa bakal berlaku ketika mahlis persandinagn itui nanti.

Kisah percintaan mereka bakal diceritakan dalam lagu ‘Lukisan Cinta‘, ciptaan mereka berdua sendiri.

“Rody pernah kata nak buat lagu untuk saya. Dia cipta melodi dan suruh saya gubah lirik lagu itu. Agak mencabar juga nak siapkan lirik itu sebab saya tak ada pengalaman.

“Namun saya lega kerana ia akhirnya dapat disiapkan dalam masa sebulan,” tambah Niena yang mula dikenali ramai selepas aksinya menjadi perhatian ramai ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 lalu.

Rody dan Niena telah bertunang pada 3 Julai tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori