Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Dahului Pakatan...

KUALA LUMPUR - DAP mendahului parti-parti lain dalam Pakatan Harapan dengan mengumumkan akan...

Agensi K’jaan Perlu Rancang...

KUALA LUMPUR - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu merancang program transformasi masing-masing...

Daiyan Trisha Diganggu Peminat...

SELEPAS gambar artis-artis wanita tanah air seperti Emma Maembong, Eyka Farhana, Fazura dan...

SPR Akan Minta Polis...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta bantuan polis untuk memberhentikan ceramah...

Ibu Pejabat YouTube Ditembak, 5 Cedera

SATU insiden tembakan rambang berlaku di ibu pejabat YouTube, San Bruno, Amerika Syarikat disyaki daripada seorang wanita yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera.

Lapor Astro Awani, Ketua Polis San Bruno, Ed Barberini berkata suspek bagaimanapun telah mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang dilakukan sendiri.

“Kami menjumpai mayat seorang wanita dengan kesan kecederaan sendiri. Pada masa ini, kami percaya wanita itu adalah suspek utama,” katanya.

Namun, identiti suspek yang berusia 30-an yang belum diumumkan dan ketika kejadian wanita itu memakai kaca mata dan skarf di mukanya dengan menggunakan senjata jenis ‘handgun’.

Bagaimanapun masih belum dipastikan model senjata api tersebut. Tiga daripada mangsa mengalami kecederaan telah dikejarkan di Hospital Awam Zuckerberg manakala dua lagi sedang dirawat di Pusat Perubatan Standford.

Media dimaklumkan bahawa mangsa adalah seorang lelaki berusia 36 tahun dan dua wanita, masing-masing berumur 32 tahun dan 27 tahun.

Lelaki tersebut berada di wad 1 dalam keadaan kritikal manakala dua mangsa wanita tersebut mengalami kecederaan serius.

Seorang lagi mangsa dikatakan mengalami kecederaan ketika panik dalam insiden tersebut dan seorang lagi mangsa belum dapat dipastikan.

Salah seorang pekerja di syarikat penstriman video, Vadim Lavrusik telah berkongsi kejadian tersebut melalui laman sosial media Twitter.

Menurutnya lagi, keadaan menjadi huru-hara apabila para pekerja mendengar bunyi tembakan di sekitar kawasan berkenaan.


Sekitar pukul 12.45 tengah hari, pihak berkuasa telah menerima panggilan berhubung penembak rambang berkenaan.

Punca kejadian dikatakan bukan bermotifkan pengganas sebaliknya isu pergaduhan peribadi di antara suspek dan mangsa.

Menerusi perkongsian Twitter, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian itu selain memuji usaha pasukan keselamatan dan pihak yang mententeramkan keadaan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kepada warga pekerja YouTube.

Professor Psikologi di Universiti South di Tennessee, Sherry Hamby memberitahu berdasarkan kajian jenayah keganasan selalunya melibatkan golongan lelaki.

Uniknya insiden tembakan rambang di pejabat You Tube ini antara kes yang jarang berlaku. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori