Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Projek Terowong: Guan Eng...

BUTTERWORTH - Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu,...

Teksi New York Saman...

PERTELINGKAHAN antara pemandu perkhidmatan Uber dan pemandu teksi komersial di ibu negara kita...

SPRM Sita RM4 Juta...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sebanyak RM4 juta daripada...

Selepas MAS, Giliran Proton...

SELEPAS MAS, Giliran Proton Bikin Pembaharuan! Geely Automobile dan Proton Holding sudah menandatangani perjanjian bagi...

Terengganu Cadang Wujudkan Sekolah Sukan Di DUN Jabi

BESUT – Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai sekolah sukan, iaitu sekolah sukan pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-14.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata langkah itu selaras dengan kedudukan Kompleks Sukan Mini Jabi yang akan dibina tidak jauh dari kawasan sekolah berkenaan bermula Mei depan.

“Cadangan menjadikan SK Jabi sebagai perintis sekolah sukan di DUN ini akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan,” katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi dekat sini, hari ini.

Turut hadir penyandang kerusi DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Pada majlis sama, Ahmad Razif melakukan pecah tanah kompleks sukan mini berkenaan, yang akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 2.025 hektar.

Kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk padang bola dan balapan bertaraf antarabangsa.


Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, penubuhan sekolah rendah sukan terbabit diyakini mampu memperkasa lagi usaha kerajaan negeri untuk mengesan lebih ramai bakat baharu dalam bidang sukan terutama melibatkan acara balapan dari peringkat awal lagi.

“Ia disasar menjadi kesinambungan kepada kecemerlangan sukan yang dirintis Terengganu pada masa ini seperti jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang sekali gus menyumbang kepada kegemilangan negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Razif memberitahu, sebuah bandar baharu melibatkan projek hartanah bercampur juga akan dibina di tanah seluas 6.89 hektar bersebelahan Masjid Jabi dekat sini. – BERNAMA

Kategori