Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6 Ditahan, Kereta Curi...

KUALA LUMPUR - Polis menahan enam suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah pecah...

Umat Islam Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Khamis ini, demikian...

Polis Evo 2 Tidak...

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel...

Siasatan Isu Tanam Kepak...

KUCHING - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi...

Terima Anugerah, Pemangkin Ahmad Idham Terus Berjaya

PENGARAH dan penerbit Ahmad Idham menyifatkan Anugerah Personaliti Industri Usahawan Malaysia 2018 diterima sebagai pemangkin untuk terus capai kejayaan dalam industri perfileman tempatan pada masa depan.

Idham dipetik portal  Astro Gempak berkata pengiktirafan itu amat bermakna selain menyifatkan ia sebagai hadiah istimewa buat dirinya.

“Apabila menerima anugerah dari orang luar bukan dalam industri hiburan ini, mungkin menjadi petanda yang menjawab persoalan saya selama ini berjuang dalam industri yang seringkali menerima kecaman dan tiada sokongan,” kata Idham.

Tambah Idham lagi, anugerah tersebut juga sebagai bukti kepada usahanya yang berterusan tidak kira sama ada apa yang dilakukannya mungkin selama ini betul atau tidak.

“Hari ini kita harus melahirkan lebih ramai pejuang industri untuk kemajuan bidang seni dan menghapuskan permainan kroni yang selama ini kita tahu,” tambahnya.


Selain daripada itu, Idham secara peribadi juga berpandangan bahawa industri perfileman tanah air sebenarnya sudah bersih. Namun katanya, masih wujud segelintir pihak yang bertindak ‘mengotorinya’.

Sehubungan itu, pengarah tersebut menggesa agar semua pihak tidak gentar untuk memperjuangkan kebenaran demi memajukan industri seni filem tempatan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori