Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Akhirnya Guan Eng Mengaku...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bahawa hutang negara semasa pentadbiran...

Najib Balas Tony Pua,...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perbezaan...

Azira Enggan Bertunang, Mahu...

MENGAKUI serius bersama teman lelakinya, pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz bagaimanapun tidak mahu...

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta...

Gua Musang : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pembahagian tanah peneroka...

Thai Sedia Hos Sidang Kemuncak Trump-Jong-un

BANGKOK – Thailand sedia jadi hos bagi sidang kemuncak bersejarah antara Presiden AS, Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un jika Bangkok dipilih sebagai venue.

Perdana Menteri, Jen. Prayut Chan-o-cha berkata, “Bagi Thailand kami sedia untuk apa saja. Negara kami sedia menerima (kedua-dua pemimpin), kami hos yang mesra,” katanya kepada media hari ini berhubung spekulasi bahawa Bangkok mungkin menjadi hos rundingan langsung antara pemimpin kedua-dua negara itu.

Sekalipun Bangkok merupakan satu daripada rakan AS paling rapat di rantau ini, namun ia tetap memelihara hubungan diplomatik dengan Pyongyang.

Presiden Trump pernah menyatakan bahawa rundingannya dengan Jong-un, yang pertama bagi presiden yang sedang berkhidmat, dengan pemimpin Korea Utara, mungkin diadakan pada lewat Mei atau Jun.

Rundingan akan tertumpu kepada ancaman nuklear Pyongyang.

Sementara itu, Perdana Menteri itu juga ditanya tentang sama ada Thailand akan menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) yang ditandatangani oleh 11 negara termasuk Malaysia dan Singapura beberapa bulan lalu.


Menurut Prayut, Thailand masih mempertimbang baik buruknya menyertai perjanjian itu.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk menilai opsyen yang ada. – BERNAMA

Kategori