Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dipilih Anjur GOCA...

KUALA LUMPUR - Malaysia dipilih bagi menganjurkan Global Offset and Countertrade Association Asia...

Merdeka Sale! Jualan Murah...

MAKLUMAT pembelian: Whatapps - 019- 831 9719 MARI-MARI!!! Berita baik buat hijabista di luar...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri pantai timur, Sarawak...

Kalau Semua Bantai Kerajaan,...

DARI FB NAJIB RAZAKKALAU semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk?Ko ingat...

Tiada Isu Tempatan Di Perlis, Kelebihan Buat BN

KANGAR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO Perlis berada pada kedudukan yang baik untuk mempertahankan ketiga-tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain merampas dua DUN yang kini dikuasai pembangkang.

Ini boleh dilihat apabila parti pembangkang ketandusan isu tempatan dan berulang kali memainkan isu nasional yang dikitar semula.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata kelebihan Perlis yang selamat buat BN adalah kesepaduan anggota-anggotanya di samping isu tempatan ditangani dengan baik sehingga pembangkang hanya mampu membawa isu nasional dalam ceramah mereka kerana isu tempatan tidak memberi kesan.

ā€œPembangkang cuba mempengaruhi pengundi dengan isu seperti 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) tetapi kita boleh balas dengan penjelasan tepat,ā€ katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di kediamannya, The Residency di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata melihat kepada keadaan semasa, sokongan rakyat memihak kepada BN dan ia akan menjadi kenyataan apabila BN meletakkan calon-calon tidak bermasalah di samping manifestonya yang menjamin perkhidmatan dan kebajikan rakyat.

ā€œRakyat sekarang menilai prestasi dan sumbangan kerajaan terhadap sosioekonomi mereka, bukan janji semata-mata. Dalam hubungan ini prestasi dan perkhidmatan kerajaan BN menjaga kebajikan dan keperluan rakyat amat baik. Ini adalah kelebihan kami,ā€ katanya.

Azlan berkata Perlis memang mempunyai calon-calon berwibawa dan layak kerana memiliki ciri-ciri disukai ramai, dikenali dan mudah didekati, cuma mereka perlu diberi peluang.

ā€œAtas faktor ini saya yakin rakyat Perlis akan memilih BN berbanding Pakatan Harapan,ā€ katanya dengan menambah adalah penting BN menjadi sebuah kerajaan yang stabil dan kuat supaya pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Azlan berkata kerajaan yang tidak kuat pasti menghadapi masalah politik dan ditambah dengan politik dalaman, maka sumber-sumber yang ada akan digunakan bagi menyelesaikannya dan ini tidak memberi keuntungan kepada rakyat.

ā€œKerajaan yang tidak kuat merugikan dalam banyak aspek. Oleh itu rakyat wajar memberi mandat tidak berbelah bagi jika mahu melihat usaha membawa projek-projek berimpak tinggi yang sedang berjalan memberi kesan positif terhadap sosioekonomi mereka,ā€ katanya.


Beliau berkata kerusi DUN Sanglang yang dikuasai PAS secara tradisi sering berlaku pertandingan sengit PAS-BN dan bertukar tangan antara kedua-dua parti manakala DUN Indera Kayangan jatuh kepada pembangkang pada PRU13 atas faktor tsunami pengundi Cina.

Katanya terdapat empat DUN yang dimenangi BN dengan majoriti tipis pada PRU lalu iaitu Simpang Empat (85 undi), Beseri (540 undi), Kayang (664 undi) dan Guar Sanji (927 undi) yang bakal menjadi cabaran BN dan UMNO Perlis untuk menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, beliau sentiasa menyokong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dalam usaha memastikan kemenangan BN dan menyapu bersih semua kerusi pada PRU14.

ā€œSenario PRU13 berbeza dengan PRU12 dan PRU11. PRU13 berikutan tsunami pengundi Cina menyebabkan BN kehilangan DUN Indera Kayangan dan undi majoriti banyak kerusi merosot kerana pembangkang berada dalam satu gabungan namun suasana kali ini dijangka berubah,ā€ katanya.

Azlan berkata pembangkang yang jarang turun padang dan secara bermusim menunaikan tanggungjawab mereka menyelesaikan masalah rakyat, bukanlah pilihan tepat.

Mengenai kedudukannya, Azlan berkata beliau berlapang dada menerima keputusan pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan semula atau tidak, atau dipindahkan bertanding di DUN lain atau Parlimen. – BERNAMA

Kategori