Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mohamad Lahir Rasa Syukur...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung...

10 Tahun Didera Suami...

BEKAS anggota Spice Girls, Mel B membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa suaminya,...

Suspek Kes Bunuh Di...

BANGKOK – Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di...

GAMBAR: Pelanggan Temui Ulat...

ADUHAI...ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.Selepas reda isu DNA...

Tiada Laporan Video Pelajar Dibelasah Pada Hari Lahir

SHAH ALAM – Polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini seakan-akan ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenalpasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.

“Pihak polis Shah Alam telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas video berdurasi 29 saat yang menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu.

Dalam video yang menjadi tular di laman sosial, kumpulan lelaki terbabit turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada pelajar berkenaan sebelum dipukul.


Cara sambutan hari jadi itu dikatakan menjadi amalan tradisi segelintir pelajar sekolah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini berkata pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan. – BERNAMA

Kategori