Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mira Filzah Bintang Paling...

PUTRAJAYA - Pelakon Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah...

Perbicaraan Tangguh Kerana Rosmah...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan rasuah terhadap Rosmah Mansor ditangguhkan selepas peguamnya memberitahu Mahkamah...

Perompak Ditangkap Sedang ‘Menodai’...

Blackburn - Seorang perompak yang khayal kerana mengambil dadah methamphetamine ditangkap selepas mengadakan...

Neelofa Ikat Kontrak Bersama...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon popular, Neelofa, menjadi satu-satunya selebriti berhijab menandatangi...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak melibatkan sebarang pindaan undang-undang atau akta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata penubuhan ketiga-tiga mahkamah khas itu tidak memerlukan pindaan kerana ia melibatkan pengkhususan hakim dan dewan mahkamah sahaja.

“Penubuhan mahkamah khas ini mungkin kedengaran ganjil bagi sektor syariah namun ia merupakan perkara biasa di Mahkamah Sivil, contohnya Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak.

“Saranan saya kepada pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan supaya menjalin hubungan akrab dengan pimpinan Mahkamah Sivil bagi memudahkan pemindahan kepakaran antara kedua-dua jenis mahkamah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Muhammad Khairul Nizzam Kassim berkata 23 kakitangan diperlukan untuk ketiga-tiga mahkamah tersebut Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang merangkumi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah.

“Dengan adanya pengkhususan di mahkamah ini, kes-kes contohnya yang melibatkan Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam dapat diselesaikan empat kali ganda lebih pantas berbanding sebelum ini,” katanya.


Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mukhyuddin Ibrahim.

Dalam pada itu, Rohani berkata penubuhan mahkamah khas ini memberikan sinar baharu bagi kaum wanita khususnya mereka yang sebelum ini mengalami penangguhan yang lama bagi kes-kes melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sempena tahun memperkasakan wanita tahun ini dan dengan adanya mahkamah khas pengendalian kes-kes penceraian dan tuntutan, kaum wanita tidak perlu lagi terhimpit dalam isu yang berlarutan dan dapat meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori