Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Lagu Tema Filem Lee...

SIAPA sangka hanya disebabkan lagu 'cumi cumi' atau dikenali sebagai Pematah Hati, ianya...

44 Penagih Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 44 individu termasuk lapan wanita disyaki terbabit dalam penyalahgunaan...

Annuar Janji Berusaha Cari...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

“Saya ‘Beauty With Brains’,...

AKTRES kontroversi Fathia Latiff nampaknya tidak serik-serik lagi mengeluarkan kenyataan memalukan dirinya sendiri melaluiakaun...

Tidak Bercadang Wujud Mahkamah Khas Berita Palsu

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kes-kes di bawah akta berkenaan setakat ini diputuskan diperuntukkan di bawah Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

“Bagaimanapun, sama ada akan mewujudkan mahkamah khas tertakluk kepada senarai kebanyakan kes yang akan dipantau pihak Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri terhadap kes-kes sedemikian,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes di bawah akta berkenaan memandangkan Mahkamah Sesyen mempunyai banyak kes untuk dibicarakan dan sama ada kes di bawah akta ini diberi kelonggaran untuk mendapatkan sijil kesegeraan.

Rang Undang-undang akta berkenaan yang bertujuan antara lain bagi menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden diluluskan Dewan Negara Selasa lepas.


Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk menggunakan sijil berkenaan jika mereka memerlukan.

“Kita juga tak dapat nafikan jika mana2 pihak memerlukan memasukkan sijil kesegeraan memang tidak akan dihalang mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Kategori