Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Serah Zakat...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima...

PATI Sanggup Sembunyi Celah...

MADRID - Seorang lelaki menyangka dapat menyelinap masuk ke Eropah dengan meringkuk dalam...

Mekanisme Harga Unit Terkecil...

PETALING JAYA - Kerajaan bakal memperkenalkan mekanisme baharu iaitu harga unit terkecil bagi...

SPHM: Boleh Semak Portal...

KUALA LUMPUR - Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan...

Tiket Laku Keras, KRU Terharu Dapat Sokongan

SETELAH 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik, kini kumpulan KRU bakal mengadakan konsert sempena ulang tahun mereka selain bagi mengimbau semula kenangan lama.

Apa yang mengharukan ketiga-tiga adik beradik Datuk Norman Abdul Halim, Yusri Abdul Halim dan Edry Abdul Halim itu ialah apabila tiket konsert mereka dikatakan telah habis dijual sejak September tahun lalu.

Menurut Norman, prajualan tiket Konsert Gergasi 25 KRU telah mula dijual sekitar September lalu dan sekali gus mencatatkan sambutan sangat memberangsangkan daripada para peminat yang masih menyokong mereka.

Malah, tiket yang dijual secara dalam talian bermula dengan harga RM158 itu turut telah ‘laku keras’ seperti pisang goreng panas.

“Konsert kali ini mempunyai 14 zon tempat duduk. Sebanyak 5 zon untuk tiket dibawah harga RM388 sudah habis dijual,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Konsert berkenaan bakal berlangsung semalam tiga hari bermula pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Semenjak awal tahun ini, ketiga-tiga adik beradik itu sering mendapat soalan daripada peminat tentang tarikh konsert mereka itu kerana khuatir dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Namun disebabkan segala persiapan telah siap sedia, mereka tetap akan meneruskan konsert berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Kami tetap teruskan tanpa apa-apa perubahan. Banyak persediaan sudah dilakukan dan sehingga kini berjalan lancar,” tambahnya.


Dalam masa yang sama, pelakon Lisa Surihani turut membantu suaminya, Yusry selaku pengarah kreatif dan secara langsung ibu kepada dua cahaya mata itu telah menjadi penerbit eksekutif 2 bagi konsert KRU itu naanti.

Konsert Gergasi 25 KRU ini akan menjadi persembahan yang membawa nostalgia dari mula KRU dalam bidang muzik sejak tahun 1993 dikenali menerusi lagu Mengerti dan Janji Tinggal Janji sehingga lagu masa kini antaranya Hingga Ke Jannah.

“Seperti mana konsert di Singapura sebelum ini, kebanyakan peminat yang datang berusia 30-an dan 40-an dan kami jangka kelompok usia peminat sebegini termasuk peminat generasi baru akan bersama untuk berhibur kali ini,” ujarnya.

Apa yang menjadikan konsert berkenaan sangat istimewa bagi mereka ialah ia bagaikan satu perjalanan yang bakal mengimbau kembali kenangan lama terhadap momen lagu ketika zaman kegemilangan mereka.

“Setiap lagu mempunyai penceritaannya dan secara keseluruhan kami janjikan sesuatu yang istimewa daripada persembahan yang pernah ditonton peminat sebelum ini.

“Tiket lebih mahal sehingga cecah RM1,188 untuk tempat duduk VIP sebab tempat adalah terhad dan kos produksi juga tinggi. Difahamkan, peminat dari luar negara seperti Jepun, UK, Australia dan Thailand juga akan hadir.

“Ini menunjukkan impak penjualan secara ‘online’ lebih cepat habis dijual dan ketika ini hanya berbaki 900 tiket yang tinggal,” kata Norman lagi. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori