Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tindakan Tegas Guru Guna...

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas...

Hebat! Wanita Tanpa Tangan...

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan kecekalan...

Isu Stoking: Stand Down...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa...

Jasa Rakyat Beri Kemenangan...

ALOR SETAR - Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan (PH) mesti menghargai jasa...

Tindakan Disiplin Jika Bertanding Calon Bebas

KUALA LUMPUR — Pemimpin atau anggota Barisan Nasional (BN) yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dikenakan tindakan disiplin, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata pihaknya kini memantau perkembangan berkenaan.

“Jika ada anggota parti yang bertanding atas tiket Bebas ataupun mewakili parti lain, kami akan mengambil tindakan,” katanya ketika mengulas spekulasi berkenaan kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2017 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini, hari ini.

Ditanya berhubung tindakan Tan Sri M.Kayveas melepaskan jawatan presiden MyPPP, Tengku Adnan berkata ia terpulang kepada Kayveas, namun pihaknya telah meminta semua parti komponen menyelesaikan setiap masalah dalaman mereka bagi menghadapi PRU14.

“Saya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional sebelum ini telah mengutus surat kepada semua komponen parti untuk selesaikan masalah dalaman mereka.

“Apabila mendapati ada masalah dalaman, kami perlu menasihati myPPP supaya mengambil tindakan disiplin terhadap anggota mereka yang melanggar perlembagaan parti,” katanya.


Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyampaikan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM200 hingga RM300 kepada seramai 225 pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, PT3 dan SPM 2017 anjuran YPC.

Beliau turut menyampaikan bantuan khas pendidikan dan am kepada 82 individu, sekolah dan institut pengajian tinggi berjumlah RM86,860 bagi pihak YPC. — BERNAMA

Kategori