Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Presiden Rusia Ucap Tahniah...

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Hassan Rouhani atas kejayaan...

Bicara Guan Eng: Prosiding...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Januari tahun depan bagi memutuskan...

Makan Ayam Terapi Al-Quran...

MEMANG melampau apabila ada peniaga sanggup menjaja nama agama demi mengaut keuntungan apabila...

Indonesia Lancar Usaha Cari...

JAKARTA - Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari...

Tindakan Yang Menakjubkan Bila PH Guna Logo PKR

KEMAMAN – Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat sebagai ‘menakjubkan’.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek secaras sinis berkata ini kerana PH yang kini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menggunakan lambang parti yang suatu ketika dahulu ditubuhkan ekoran kemarahan seorang pemimpin terhadap kepimpinan Dr Mahathir.

Katanya PKR ditubuhkan menggunakan logo berbentuk mata yang diilhamkan daripada kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan ketika era pemerintahan Dr Mahathir (kerana isu liwat) bagi meraih simpati rakyat.

“Ketika itu rakyat sangat marah kepada Tun sehingga pada Pilihan Raya Umum tahun 1999 membawa kekalahan kepada Terengganu atas sebab isu mata lebam ini kerana mereka menyokong PKR.

“Tapi waktu sekarang ini PKR memeluk Tun Mahathir…jadi banyak perkara yang lari daripada teori politik melainkan teori yang mengatakan demi kuasa, semua yang mustahil boleh jadi…orang melihat kini kuasa adalah segala-galanya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Usahawanita dan ‘ROAD TO MAHA 2018’ di Pantai Kuala Kertih, di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman penggunaan logo itu yang dibuat Dr Mahathir pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Rabu lalu. – BERNAMA

Kategori