KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memaklumkan bahawa ia masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan kerjasamanya dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membuat kertas cadangan bersama terperinci untuk Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).
Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan tersebut pada 16 Jan, 2018.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TM berkata sebarang perkembangan penting akan dimaklumkan dengan sewajarnya.
“Kesemua syarat dalam MoU itu kekal berkuat kuasa,” menurut TM. – BERNAMA