Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga Murid Ditampar Dakwa...

SEREMBAN - Keluarga kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang ditampar oleh Penolong...

RM2.5 Juta Tangani Hakisan...

MASJID TANAH : Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan bagi menyelamatkan pantai Kampung Nelayan...

Lelaki Didenda Pos Kucing...

TAIPEI - Seorang pemilik kucing didenda £2,250 (RM11,900) kerana menghantar haiwan peliharaannya melalui...

Filem Mat Kilau Atasi...

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari...

TNB Pastikan Kelancaran Bekalan Sepanjang PRU14

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah membuat persiapan awal bagi memastikan kelancaran bekalan elektrik di pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata pihaknya membuat persiapan seawal November tahun lepas bagi memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu sedia bekalan elektrik ke lokasi sentiasa dalam keadaan terkawal.

“TNB juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap negeri bagi mendapat maklum balas perincian keperluan elektrik di semua pusat berkenaan.

“Hasil pertemuan tersebut, kami telah mengambil langkah yang diperlukan. Insya-Allah semuanya terkawal dan bilik gerakan juga ditubuhkan di setiap negeri dan ibu pejabat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya warga teknikal TNB turut diletakkan dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang proses PRU14 berlangsung.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei untuk pengundian awal. – BERNAMA

Kategori