Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Gagal Lapor Jenayah Seksual...

PUTRAJAYA - Individu yang didapati gagal membuat laporan ke atas jenayah seksual terhadap...

PAS Belum Putus Soal...

ARAU - PAS bersedia membuka pintu kerjasama kepada parti-parti yang sesuai dan sealiran...

EVENZ RAMADHAN KAREEM –...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Perhatian kepada rakyat Malaysia.Mana-mana peniaga, atau ada kenalan peniaga,...

Polis Buru 2 Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu dua anggota 'Geng Kapak' yang aktif menyamun...

Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika Tawan P.Pinang

LEGA… Ketika Pakatan Harapan membuat pusingan U dengan enggan memansuhkan tol lebuh raya kerana didakwa konon masih lagi murah, Barisan Nasional (BN) terus prihatin dengan isu itu.

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menghapuskan tol di Jambatan Pulau Pinang bagi pengguna motosikal jika BN berjaya tawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketika ini kadar tol motosikal Jambatan Pulau Pinang ialah RM1.40 manakala untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pula atau turut disebut sebagai jambatan kedua yang baru sahaja dibuka sejak 2014 ialah RM1.70.

Kedua-dua jambatan mercu tanda negeri ini menjadi pilihan utama bergerak lebih pantas berbanding penggunaan perkhidmatan feri ikonik diuruskan Penang Port Sdn. Bhd. yang mengenakan bayaran tambang sebanyak RM1.40.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, janji itu merupakan tambahan kepada manifesto khusus untuk penduduk negeri ini iaitu menyediakan sebanyak 65,000 rumah mampu milik seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Malah, kita juga akan menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina itu sekiranya berjaya merampas negeri ini,” katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat di Balik Pulau, pada petang Khamis.


Lebih 10,000 penduduk memeriahkan majlis perjumpaan tersebut yang turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Untuk rekod, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada awal tahun lalu juga berjanji konon mahu hapus langsung tol di kedua-dua jambatan berkenaan namun ia menjadi bahan jenaka penduduk negeri tersebut sendiri.

Ini kerana ketika PRU Ke-12 pada 2008, DAP pernah berjanji memansuhkan kutipan tol sebanyak 50 sen di Plaza Tol Sungai Nyior di Butterworth dalam tempoh lima tahun tetapi menaikkan lagi kadar kepada RM1.20 sejak 2015.

Bahkan skandal projek terowong dasar laut yang menghubungkan pulau dan tanah besar juga bakal dikenakan tol waima pemajunya mendapat tanah sebagai pampasan daripada kerajaan negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori