PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kami sudah bersedia serta menyusun semua jentera dan kini hanya menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini.
Terdahulu, di Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Parlimen dibubar esok untuk memberi laluan kepada PRU14.
“Kami dengan serius turun ke peringkat akar umbi dan memberi tumpuan di kawasan marginal (kerusi yang kalah) dan saya rasa, peluang bagi kami, insya-Allah, akan lebih baik kali ini,” katanya.
Ditanya sama ada BN boleh mendapat majoriti dua pertiga, beliau berkata: “Kami sedang cuba bersungguh-sungguh untuk mendapat 148 (kerusi) dan insya-Allah, kami akan mendapatnya”. – BERNAMA