Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sebuah Lagi Klinik 1Malaysia...

TAWAU - Sebuah lagi Klinik 1Malaysia dibuka Tawau menjadikan keseluruhannya tiga buah klinik...

Harga Minyak Cipta Sejarah...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar sudah ditetapkan secara mingguan mulai 30...

50,000 Siswa Universiti Texas...

DALLAS - University of Texas di Austin muncul sebagai institusi pengajian tinggi pertama...

PM Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank pusat ASEAN pada Jumaat mengadakan kunjungan...

Tragedi Tidak Lunturkan Semangat Juang Ah Bok

GEORGE TOWN – Tragedi kebakaran yang meragut nyawa empat anggota keluarganya tahun lepas nyata tidak melunturkan semangat Lim Swee Bok untuk terus berjuang demi rakyat.

Diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota hari ini, Lim, 37 yang lebih dikenali sebagai Ah Bok, berkata tiada apa yang dapat menghalangnya daripada berkhidmat untuk rakyat, khususnya di kampung halamannya sendiri.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini, dan saya tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Berkhidmat dan membantu rakyat, itulah matlamat saya,” kata Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong itu.

Berhasrat menyatukan masyarakat pelbagai kaum, Lim berkata setiap perubahan harus bermula di rumah dan Pengkalan Kota merupakan ‘rumahnya’.

Katanya disebabkan majoriti pengundi di kawasan itu adalah warga emas, beliau akan berusaha sedaya upaya memastikan mereka menikmati pelbagai kemudahan selain membantu dari segi keperluan harian mereka.

Pada 17 Nov tahun lepas, keluarga Lim terperangkap di dalam rumah mereka yang hangus terbakar dalam kejadian di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld.

Kejadian itu meragut nyawa dua anak Lim, isteri dan ibunya.


Mengakui pilihan raya kali ini bukan suatu yang mudah baginya, Lim berkata walau apa juga hasilnya, hati beliau tetap bersama rakyat.

“Ini bukan kerusi yang mudah terutamanya saya akan berdepan DAP tetapi saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Lim berkata beliau akan melancarkan manifestonya dalam tempoh beberapa hari lagi dan memulakan kempen sebaik sahaja proses pencalonan selesai Sabtu ini.

DUN Pengkalan Kota dijangka menyaksikan pertarungan empat penjuru antara BN, DAP, Parti Rakyat Malaysia Bersatu (MUP) dan Parti Rakyat Malaysia. – BERNAMA

Kategori