Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

‘Rakaman RTM Sebelum Najib...

Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video membabitkan bekas perdana menteri...

Isu Lesen Judi Bukan...

Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis...

Kesilapan Buku Anggaran Perbelanjaan...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan kecuaian kerajaan negeri berkaitan...

Miley Cyrus Cetus Kontroversi...

NAMPAKNYA tiada apa lagi yang 'tersembunyi' dalam kamus hidup penyanyi penuh kontroversi, Miley Cyrus.Buat...

Treler Terbabas Punca Lebuh Raya Elite Ke KLIA Sesak

PUTRAJAYA – Kemalangan melibatkan sebuah treler terbabas di KM28.9 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira 2.45 petang hari ini mengakibatkan kesesakan teruk di laluan itu termasuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam catatan twitter lembaga itu pada 5.47 petang melaporkan berlakunya trafik sejauh 18 km arah selatan lebuh raya berkenaan dan empat kilometer arah utara ekoran kesan kemalangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali, kejadian itu dipercayai berlaku apabila tayar hadapan treler, yang datang dari arah Nilai, Negeri Sembilan pecah lalu terbabas masuk ke arah bertentangan.

Pemandu treler itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, katanya.

Syarikat penerbangan Malindo Air dalam catatan di tweeter memaklumkan terdapat kemalangan di kawasan lebuh raya menuju ke KLIA dan menasihatkan penumpang untuk merancang perjalanan sekiranya mempunyai penerbangan pada malam ini. -BERNAMA

Kategori