WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menutup kerajaan persekutuan pada September ini sekiranya Kongres tidak menyediakan dana yang lebih untuk membina tembok di sempadan Mexico.
“Pembinaan sudah bermula, kita mempunyai sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.27 bilion)
“Kita akan kemukakan lagi pada 28 September ini dan jika tidak ada keselamatan di sempadan, kita tidak mempunyai pilihan kecuali menutup kerajaan ini,” katanya dalam satu perhimpunan kempen Michigan, dekat sini.
Trump membuat ancaman sama bulan lalu apabila beliau mendesak supaya undang-undang pendatang asing diubah untuk menyekat kemasukan penjenayah ke negara itu.
Januari lalu, kerajaan AS ditutup sementara berhubung isu pendatang asing. – Reuters/BH ONLINE