Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Raja Saudi Derma AS$3...

KELMARIN jutaan penonton di seluruh dunia terkejut Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan angkuh...

Pengundi Resah Khalid Ibrahim...

Umum sedia maklum, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini menjadi ADUN bebas selepas...

Penolong Pengurus The Star...

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus jabatan pengarang akhbar harian berbahasa Inggeris, The...

Anda Mengeluh Susah? Lihat...

KUANTAN - Kesempitan hidup yang dialami sebuah keluarga di kampung Sri Fajar di...

Tukun Tiruan Beri Manfaat Kepada Lebih 8,000 Nelayan

BESUT – Lebih 8,000 nelayan di Terengganu telah mendapat manfaat daripada program pembinaan tukun tiruan yang dilabuhkan di sekitar tiga hingga lima batu nautika dari pantai sejak 2006.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Indusri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata dalam tempoh sama sebanyak 1,194 tukun tiruan telah dibina membabitkan perbelanjaan berjumlah RM8.9 juta, hasil peruntukkan pusat dan negeri.

Katanya , baru-baru ini sebanyak enam jenis tukun tiruan telah berjaya dilabuhkan termasuk tukun konkrit dasar lembut yang mampu menghasilkan pembiakan ikan dan dapat menghalang pukat tunda dari terus merosakkan ekosistem perairan negeri.

“Dari jumlah tukun yang dilabuhkan di 100 tapak di perairan negeri itu kajian mendapati bilangan dan kepelbagaian spesies hidupan laut semakin bertambah dari 15 jenis kepada 109 spesies”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di majlis pelancaran tukun tiruan di Taman Awam Pantai Air Tawar di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali.

Menurut Muhammad Pehimi lagi, kajian yang telah dijalankan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) telah mendapati lokasi tukun yang dilabuhkan di perairan Terengganu telah memberikan impak positif kepada biodiversiti ikan di negeri ini.

Katanya, spesies komersial yang paling dominan didapati hidup di kawasan tukun itu termasuk ikan kunyit, ikan remong dan ikan kerapu,


“Penambahan tukun termasuk sebanyak 36 tukun konkrit dasar lembut yang menjadi penghalang pukat tunda di perairan Besut itu nanti mampu meningkatkan pendaratan ikan sehingga 75,000 metrik tan,” katanya .

Pada majlis itu Muhammad Pehimi turut menyaksikan proses membuat tukun tiruan dasar lembut yang menungu masa untuk dilabuhkan apabila siap kelak dengan kos perbelanjaan pembuatan sebanyak RM550,000

Tukun konkrit dasar lembut yang dibina itu mempunyai kelebaran 2.5 meter X 2.5 meter dan 2.6 meter tinggi dengan berat setiap satu 18 tan. – BERNAMA

Kategori