Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Anjing Pengesan Kenalpasti Lokasi...

GEORGE TOWN - Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Ahmad Dhani Lewat Ke...

Gara-gara terlewat tiba di lapangan terbang kerana kesesakan lalu lintas, pemuzik terkenal Indonesia,...

Tuduh Polis Ugut Bunuh...

BEIJING - Lelaki warga Korea Utara yang diusir mendakwa konon polis Malaysia ugut...

3 Individu Ditahan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu, termasuk seorang lelaki berpangkat 'Tan Sri'...

Tular Berita Palsu Konon Wang Tunai Dalam Kereta BN

TIDAK SERIK… Meskipun semua maklum Akta Antiberita Tidak Benar sudah lama diwartakan, penyokong pembangkang tampak tidak insaf malahan terus sebar berita palsu berbaur politik.

Terbaharu, riuh netizen propembangkang yang kurang berpengetahuan menularkan dalam media sosial kononnya ada penemuan sejumlah wang tunai dalam kereta seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah baru-baru ini.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, mereka mendakwa ia dijumpai dalam kenderaan tersebut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Kinabalu – Telupid siap lengkap dengan gambar kotak mengandungi wang itu.

Cerita ‘mengadunkan’ ‘fakta dan dongeng’ itu mendakwa kes nahas tersebut membabitkan ahli politik BN Sabah yang meninggal dunia dan ditemui kotak yang penuh dengan wang tunai jutaan ringgit di dalam kereta berkenaan.

Namun fitnah jahat ‘askar maya’ pembangkang itu kantoi apabila portal barisannasional.org.my mengesahkan mesej yang tular itu adalah palsu dan kemalangan tersebut hanya melibatkan pemandu ahli politik tersebut.

Bahkan tiada kotak dipenuhi wang tunai ditemui bersama mangsa ketika kejadian sebaliknya ia merupakan hasil suntingan tidak bertanggungjawab jentera siber pembangkang dengan menggunakan foto daripada berita lama.

“Sebenarnya gambar memaparkan kotak dipenuhi duit itu pernah tular sebelum ini merujuk kes pengedaran wang palsu sekitar Februari lalu, pihak polis telah menafikan kesahihan mesej bergambar berkenaan,” kata portal itu.


Foto pertama menunjukkan nahas Toyota Land Cruiser dan lori, yang kedua menunjukkan kotak dengan wang RM100, ketiga pula sudut pandangan belakang kereta tersebut dan keempat ialah imej pemimpin BN Semporna.

“Sikap pihak pembangkang menggabungkan pelbagai sumber berita berbeza dan dijadikan satu berita untuk dikaitkan konon dengan pimpinan BN adalah sangat tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan portal itu lagi.

Memetik laporan China Press, kemalangan terbabit bukan membabitkan pemimpin UMNO Bahagian Semporna, tetapi melibatkan pemandunya sahaja dan tidak ditemui kotak berisi wang seperti yang ditularkan di media sosial.

Untuk rekod, pada Februari lalu, pihak polis menafikan mesej bergambar tular dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai dakwaan wujud pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di sekitar ibu kota.

Mesej berserta foto wang RM100 diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori