Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NUJ Lulus Usul Selamatkan...

KUALA LUMPUR – Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan (BDC) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia...

2 ADUN DAP Kembali...

IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang 'merajuk' selama dua...

Pemilik Restoran Pecat Pelayan...

TIGA buah restoran di Guangzhou terpaksa `memecat' semua robot mereka yang dijadikan sebagai pelayan...

Jokowi Tidak Minat Jadi...

JAKARTA: Joko Widodo (Jokowi) tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding semula jawatan sebagai...

Tun Dr. Mahathir Hanya Diperalat DAP – Mahdzir

ALOR SETAR – Pengumuman Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, akan dilantik sebagai menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, jelas menunjukkan sikap dominan DAP dalam parti gabungan pembangkang itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata DAP membelakangkan sekutunya untuk melantik menteri kerana pelantikan barisan kabinet biasanya ditentukan oleh calon perdana menteri mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sejak awal lagi, saya menyatakan PH dikuasai DAP dan Dr. Mahathir hanya diperalatkan untuk dinamakan sebagai perdana menteri…tetapi yang menguasai adalah DAP.

“Sebab itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh cakap Nga (Kor Ming) boleh jadi menteri kalau PH menang. Sepatutnya biarlah calon perdana menteri (Dr. Mahathir) umum itu,” kata Menteri Pendidikan itu kepada pemberita selepas melawat Kolej Sultan Abdul Hamid di sini, hari ini.

Isnin lalu, Lim dalam satu ceramah di Teluk Intan, Perak, mengumumkan Nga bukan sahaja calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, malah akan dilantik sebagai menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14. – BERNAMA

Kategori