Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wujud Tanda Pergerakan Tanah...

PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersama satu...

Kelantan Gelisah Menang Tipis...

KOTA BHARU - Kelantan gelisah selepas menang tipis 2-1 ke atas Sabah dalam...

AirAsia Catat Pertumbuhan Penumpang...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd merekodkan pertumbuhan tujuh peratus bagi trafik penumpang pada...

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam...

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat...

Tun M Silap, Terlupa Apa Itu Sunnah!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad silap apabila mendakwa tidak berdosa untuk umat Islam tidak mengamalkan sunnah nabi.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin malah berkata, beliau sendiri pernah menjelaskan perkara itu kepada Mahathir di London sebelum ini.

“Dulu dia dah tanya saya secara peribadi. Saya telah jelaskan maksud ini kepada dia di London.

“Tapi saya ingat dia terlupa barangkali, dia tulis balik. Bila dia tulis balik, saya rasa nak kena perbetul,” katanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Mohd. Asri tokoh agama yang rapat dengan Mahathir berkata, sunat bermaksud dapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilakukan.

Bagaimanapun, kata beliau, berbeza dengan apa yang didakwa Mahathir, sunnah atau hadis yang menjadi sebagai sumber hukum berbeza dengan sunat.

“Sebagai sumber hukum. Kita perlukannya. Jika tidak walaupun al-Quran ada kita nak solat pun tak boleh, tak tahu cara (menunaikan solat), kita nak puasa bagaimana, (tiada) perjelasan hukum-hakam.


“Walaupun al-Quran ada, kita nak solat tak boleh, tak tau cara dia. Walaupun Qur’an ada, kita nak puasa bagaimana, penjelasan hukum-hakam tidak boleh. Maka di situ rasanya Tun kena hati-hati sikit,” katanya.

Mahathir kelmarin mendakwa: “Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa. Tidak ada larangan jika diutamakan al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan al-Quran”

Kenyataan beliau yang dimuat naik di media sosial itu disokong penyokong Pakatan Harapan daripada parti DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC

Kategori