Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bendera Terbalik, Kemboja Mohon...

PHNOM PENH : Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) mengambil tindakan segera dengan...

NASA Upah Saintis, Biasiswa...

NASA dilaporkan sedang menggerakkan sekumpulan saintis untuk memburu makhluk asing di planet-planet lain. Pasukan...

JBPM Sabah Tekad Tambah...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bertekad untuk menambah...

2 Individu Didakwa Simpan...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tunjong Bakal Pusat Bandar Terbesar Di Kelantan

KOTA BAHARU – Bandar baharu Tunjong di sini bakal menjadi pusat bandar terbesar di Kelantan berikutan pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan terbabit, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pembinaan stesen ECRL di Tunjong akan menjadikan kawasan sekitar bandar itu pusat pertumbuhan ekonomi baharu kepada rakyat Kelantan.

“Projek itu (ECRL) akan menggerakkan pelaburan dan industri kecil dan sederhana (IKS) sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi rakyat negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Stesen ECRL Tunjong di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mustapa berkata Tunjong juga akan muncul sebagai bandar hab pengangkutan dan perkhidmatan di negeri itu seperti bandar raya di negeri lain.

“Stesen ECRL Tujong berdekatan satu kilometer dari Lebuh raya Kota Baharu-Gua Musang yang akan menjadi tempat persinggahan rakyat apabila terbina tempat membeli-belah dan sebagainya,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri yakin rakyat negeri itu akan menolak pihak dan pemimpin tertentu yang cuba membantutkan pelaksanaan projek yang dirancang kerajaan BN untuk Kelantan.

Sementara itu Mohd Irwan Serigar berkata sepanjang pembinaan ECRL, seramai 3,600 pelajar universiti dan belia akan diberikan latihan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan projek tersebut.


“Sehingga kini seramai 185 pelatih telah diambil bekerja dengan MRL Sdn Bhd berikutan pihak kami mahu memastikan 70 peratus pekerja adalah warga tempatan dan seramai 14,000 pekerja dari pelbagai negeri sedang berkhidmat bagi projek ini.

“Dari segi kerja kontrak kita akan memastikan 30 peratus diberikan kepada kontraktor tempatan,” katanya.

Projek ECRL bernilai RM55 bilion sejauh 688 kilometer itu menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan, melibatkan pembinaan 28 stesen.

Projek tersebut yang menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo dijangka siap pada Jun 2024. – BERNAMA

Kategori