Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Konsisten Perjuangkan Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Insiden membabitkan pemimpin-pemimpin DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Alif Satar Bimbang Kesihatan...

PELAKON utama Dia Semanis Honey Muzikal, Alif Satar mengakui bimbang dengan keadaan kesihatannya...

3,551 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 3,000 apabila...

Anggota Puteri Perlu Ada...

KUANTAN - Semua anggota Puteri UMNO di seluruh negara perlu berpegang kepada konsep...

Turki Perkenal Senjata Baharu Dron Kamikaze

TURKI menunjukkan lagi kemajuan teknologi pertahanannya dengan memperkenalkan dron terbaharu yang digelar “dron kamikaze” dalam pertunjukan aeronautik di negara itu minggu ini, lapor Anadolu Agency.

Dron yang dipertingkatkan dengan teknologi terkini itu dibina oleh syarikat senjata STM “bagi memenuhi keperluan taktikal dan lapangan pasukan keselamatan Turki.”

Dron ini dilaporkan mampu memusnahkan sasaran dengan lebih cekap melalui sistem sasaran dan kemampuan senjata yang lebih maju.

Senjata maju buatan Turki ini bakal diperkenalkan dalam satu pertunjukan udara di Antalya pada 25 hingga 29 April nanti.

Menurut Davut Yilmaz, ketua pegawai eksekutif STM, dron ini akan meningkatkan keupayaan pertahanan Turki.

“Dron kamikaze yang dipertingkatkan ini, ALPAGU dan KARGU akan menjadi penyumbang besar kepada pasukan keselamatan dengan kemampuannya melakukan serangan hendap dan disebabkan kemampuan taktikalnya yang lebih tinggi, dilengkapi kapasiti menembak lebih maju dan teknologi kepintaran buatan,” kata Yilmaz kepada Anadolu.

Pengenalan senjata terbaharu ini menunjukkan peningkatan terkini dalam teknologi ketenteraan Turki, yang sedang pesat berkembang dan menjadi perhatian negara kawan dan lawan.

Turki ialah salah sebuah negara paling maju dalam teknologi ketenteraan dalam kalangan negara Islam, menghasilkan pelbagai peralatan ketenteraan daripada kenderaan tentera hingga peralatan aeronautik.


Pembangunan teknologi pertahanan menjadi salah satu fokus utama di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan yang telah meletakkan industri pertahanan di bawah pengawasannya selepas memenangi jawatan presiden.

Ismail Demir, pegawai kementerian pertahanan Turki dilapor berkata pada Mac lalu yang Turki akan menggiatkan pembangunan kenderaan tanpa pemandu untuk meningkatkan kemampuan pertahanan Turki.

“Generasi baharu kenderaan (tanpa pemandu) meliputi darat, laut dan udara akan memperkukuhkan persenjataan kita,” Demir dilapor berkata dalam satu persidangan teknologi robotik pada Februari lalu.

Menurutnya lagi, pembangunan teknologi ini di dalam negara akan “mengurangkan kos produksi, operasi dan penyelenggaraan.”

Presiden Erdogan sendiri dilaporkan berkata, “Kita akan menggerakkan (program dron dalam negara) lebih jauh ke hadapan. Kita mesti memperolehi kemampuan menghasilkan kereta kebal (dan pesawat udara) tanpa pemandu. Kita akan lakukannya.” – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Turki

Kategori