Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penagih Korek Mata, Kerat...

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dibunuh kejam apabila mayatnya...

Malaysia Jadi Pilihan Utama...

KUALA LUMPUR - Tujuh puluh lapan peratus daripada pelajar antarabangsa yang menuntut di...

Cara Menjadikan Bateri iPhone...

SISTEM operasi terbaharu Apple, iOS 9 telah membuat penambahbaikan mutu bateri supaya ia bertahan...

8 Rumah Flat Sri...

Kuala Lumpur : Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri...

Ummi Nazeera, Suami Bakal Timang Anak Sulung

ALHAMDULILLAH dan tahniah diucapkan buat pelakon, Ummi Nazeera dan suaminya iaitu Dr. Mohd. Izzar Anwari kerana bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi selepas disahkan hamil.

Difahamkan kandungan Ummi kini sudah mencecah empat bulan dan perkhabaran gembira itu turut diumumkan oleh pelakon wanita itu menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya beberapa jam lepas.

Menurut pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28, berkata, dia mengakui sangat gembira dan teruja dengan perkhabaran itu selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi itu.

“Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu dan ia memang berita yang sangat menggembirakan,” kata Ummi dipetik mStar Online.

Tambahnya lagi, perkhabaran gembira itu disedari ketika dia mengalami kecederaan pada kaki sewaktu menjalani penggambaran filem Gol & Gincu Vol 2.

Ujarnya, ketika berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki dia hamil. Namun selepas ujian dijalankan, keputusannya kelihatan samar-samar.


“Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu.

“Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti. Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,” ujar Ummi.

Pada masa sama, Ummi memberitahu tiga hari selepas itu dia sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusannya mengesahkan dirinya sememangnya tengah mengandung.

Apapun, sekalung tahniah kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan ini. Semoga Ummi dan kandungan dikurniakan kesihatan yang baik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori