Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekas Pemain Chelsea Ponteng...

BEKAS penyerang Chelsea dan Birmingham City, Mikael Forssell tidak menghadiri latihan harian bersama...

Sarjan Polis Dipenjara 2...

IPOH - Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM35,000...

COVID : Tahap Kesiagaan,...

PORT DICKSON : Penularan COVID-19 tidak menjejaskan tahap kesiagaan anggota pasukan pengaman Batalion...

Warga Emas Lemas Sungai...

AKSI sekumpulan pejalan kaki membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan seorang warga emas lemas...

Undang-Undang Kecil Angkasa Dipinda Bagi Wanita

IPOH – Undang-undang kecil dan perintah tetap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedang dipinda bagi memberi ruang penglibatan golongan wanita dalam memberi pandangan mantap dan bernas untuk pembangunan koperasi di negara ini.

Timbalan Presiden Angkasa Mutadho Bahri berkata ketika ini tiada wakil wanita terlibat dalam struktur barisan anggota jawatankuasa tertinggi tertinggi kebangsaan Angkasa berikutan mereka terpaksa bertanding secara terbuka bagi mengisi enam kerusi jawatankuasa tertinggi tersebut.

“Jika ikut kaedah sekarang, belia dan wanita perlu bertanding untuk berada dalam barisan lembaga, jadi bila bertanding tu peluang untuk menang agak tipis.

“Dengan pindaan ini, struktur juga akan berubah dan kita ada sediakan kuota khusus bagi wanita dan belia juga kalangan profesional menyertai barisan jawatankuasa tertinggi tadbir lembaga Angkasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Angkasa Negeri Perak di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Angkasa, Mohamad Azmi Omaruddin.

Sementara itu Mohamad Azmi berkata pindaan undang-undang kecil dan perintah tetap itu juga adalah untuk menentukan 20 peratus jumlah perwakilan yang akan dipanggil bagi mewakili koperasi negeri masing-masing ke Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa (PTKA).

Untuk itu, katanya cadangan pindaan tersebut akan dibentangkan di PTKA pada 12 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebelum diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi kelulusan untuk dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan.


“Tujuan kita laksanakan pindaan undang-undang ini supaya sistem mesyuarat Angkasa di peringkat negeri dan pusat bertaraf perwakilan.

“Jadi selepas ini, isu perbahasan melibatkan dasar-dasar boleh diputuskan dengan lebih sempurna dan lebih mantap kerana bilangan ahli Angkasa ketika ini telah mencecah 13,800 anggota berdaftar. Jadi mungkin lokasi apabila diadakan PTKA kelak tidak mampu menampung kesemuanya,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Angkasa meminda undang-undang kecil pertubuhan itu ialah pada 2010 bagi tujuan penambahbaikan dalam aktiviti melibatkan perniagaan. – BERNAMA

Kategori