Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lama Tertangguh, Fikry Sambung...

MENJADI seorang pelajar dan selebriti dalam masa yang sama bukanlah suatu perkara yang...

JAS Siasat Penemuan 40...

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan...

Wartawan Malaysia Dimarah Sebut...

BANGKOK - Media Malaysia yang buat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia...

Peniru Foto Selebriti Terkenal...

Jika Malaysia mempunyai Bobo yang menjadi terkenal secara tiba-tiba apabila melakukan video parodi...

United Mahu RM767 Juta Untuk Lepaskan Pogba

BALASAN… Manchester United menuntut sehingga £140 juta (RM767 juta) untuk Paul Pogba sekiranya dia meninggalkan kelab Old Trafford itu pada musim ini.

Sportsmail mendedahkan pada minggu ini bahawa Jose Mourinho bersedia untuk menjual pemain itu selepas hubungannya dengan pemain tengah kelahiran Perancis itu berdepan masalah.

Namun, hierarki kelab tersebut enggan membenarkan ia berlaku, dua tahun selepas membayar Juventus di Itali sebanyak £89 juta (RM487 juta) untuk menandatangani Pogba semula.

Mereka berharap Pogba dan Mourinho dapat menyelesaikan isu antara mereka, namun mereka dikhabarkan tidak bertegur sapa dan Mourinho semakin kecewa dengan sikap pemain tersebut.

Antara sebab lain yang membuatkan United keberatan untuk melepaskan Pogba adalah lima pemain lain yang dijangka akan meninggalkan kelab itu.

Bagaimanapun, sekiranya Mourinho bertegas untuk menjual Pogba bagi merapatkan jurang dengan Manchester City, United mahu bayaran antara £120 juta ke £140 juta (RM657 juta ke RM767 juta) agar dapat meraih keuntungan daripada pelaburan mereka.


Ini bermakna kelab yang mungkin mengikat Pogba pada musim akan datang adalah Paris Saint-Germain, Real Madrid, Barcelona, City dan Chelsea.

Ejen Pogba, Mino Raiola dipercayai sudah pun menghubungi wakil kelab berkenaan dalam beberapa bulan ini. – Daily Mail/mStar Online

Kategori