Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Angka Korban Covid-19 Global...

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,991,530...

Bangunan Tinggi Di Changsha,...

BEIJING: Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di...

Penerbangan Tangguh, Hampir 400...

Kota Bharu : Hampir 400 bakal jemaah meluahkan rasa kecewa dengan sebuah agensi...

Jangan Ungkit Lagi Isu...

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadualkan...

Usah Percaya Janji Pembangkang – Khairy

REMBAU – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyeru masyarakat di negeri ini supaya tidak mempercayai janji yang ditabur pembangkang khususnya pada musim pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bertujuan untuk meraih undi.

Sebaliknya Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Menteri Belia dan Sukan menyifatkan janji yang ditaburkan itu tidak realistik dan tidak mampu dikotakan, selain boleh memberi implikasi kepada ekonomi negara.

“Mereka berkata bahawa akan memansuhkan antaranya tol dan juga sistem percukaian sedia ada, di mana jika ia dimansuhkan bagaimana hendak mencari sumber pendapatan berjuta-juta ringgit bagi menggantikannya untuk dilaksanakan agenda pembangunan dan sebagainya.

“Saya sangat yakin bahawa mereka tidak dapat melaksanakan janji tersebut berbanding BN yang berjanji mengikut kemampuan serta akan dizahirkan selepas pilihan raya. Kita membuktikan dan bukan sekadar janji,” katanya dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Bandar Ekar di sini, malam ini.

Turut hadir Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Pada PRU14, Khairy akan mempertahankan Parlimen Rembau yang disandang selama dua penggal sejak 2008 manakala Mohamad mempertahankan DUN Rantau yang disandang selama tiga penggal sejak 2004. – BERNAMA

Kategori