Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Teruja Sama-Sama...

SINTOK - Sepasang suami isteri tidak menyangka mereka sama-sama diterima masuk untuk belajar...

Telco Usaha Atasi Masalah...

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah...

Menarik… Gambar Yang Diambil...

Gambar yang dirakam oleh jurugambar berasal dari Moscow ini pasti membuat anda terkesima...

Penyokong PH Buat Kecoh...

PUTRAJAYA - Keengganan ribuan penyokong Pakatan Harapan yang membanjiri Persiaran Perdana, di sini,...

Ustaz Kazim Tak Selesa Dikerumuni Peminat

ZAMAN ini golongan selebriti bukan sahaja terdiri daripada personaliti dalam industri hiburan, tetapi para penceramah agama dan pendakwah turut popular dan mempunyai ramai peminat.

Mereka yang bergelar ustaz dan ustazah ini sering menjadi rujukan pelbagai pihak dan masyarakat bagi mendapatkan pencerahan membabitkan hukum agama.

Lapor Harian Metro, beberapa ustaz selebriti popular ini mengakui kadangkala ‘tidak larat’ melayan pelbagai kerenah peminat dan gangguan yang diterima mereka sepanjang karier sebagai penceramah.

Menurut penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias, beliau kini sudah ‘penat’ dan mengakui tidak selesa dikerumuni peminat yang ingin mengambil gambar bersama.

Jelasnya, beliau terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengawal situasi berikut selain turut mengenakan penutup mulut dan serban bagi mengelak dikenali peminat ketika berada di luar.

“Saya terbabit dalam bidang ini sejak 1990 lagi, dulu rancak, sekarang saya mengaku sudah penat. Kadangkala baru satu suap hendak makan, orang sudah kerumun, sebab itu saya upah dua pengawal peribadi untuk mengawal keadaan.

“Saya bukan kata gangguan tetapi privasi saya sudah tidak ada. Kadangkala apabila keluar bercuti, tidak kira Cina, India dan Melayu, semua nak bergambar,” katanya kepada akhbar tersebut.

Tambahnya, setiap kali dijemput memberikan ceramah, Ustaz Kazim akan mengelak dari menggunakan laluan utama kerana tidak mahu dirinya dikerumuni.

Ustaz Kazim berkata, perkara tersebut dilakukan bukan kerana sombong atau tidak menghargai peminat yang hadir ke ceramahnya, sebaliknya keadaan kesihatannya tidak mengizinkan sejak diserang masalah jantung.

“Saya selesa menggunakan laluan lain, orang akan sedar apabila saya tiba-tiba muncul atas pentas berikan ceramah.

“Bukan kata saya sombong atau sengaja mahu mengelak peminat tetapi ada masanya saya tidak selesa dan sejak diserang masalah jantung, saya kerap tidak sihat dan tidak boleh berdiri lama kerana kaki kiri tidak kuat macam dulu lagi,” jelasnya.


Oleh itu, beliau akan melayan peminatnya secara duduk sahaja serta turut meletakkan beberapa syarat dan batasan terutama ketika bergambar bersama dengan peminat wanita.

“Sebab itu sekarang, mana sempat saya layan tetapi ambil gambar secara duduk saja dan ada batasannya termasuk mengelak bergambar berdua dengan peminat wanita serta ada jarak tertentu bagi mengelak fitnah,” katanya.

Dalam pada itu, populariti yang diraih Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim sebagai pendakwah dalam program TV dan YouTube, menyaksikan dia mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Beliau yang merupakan Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam UKM, akan sentiasa berhati-hati dalam melayani setiap pertanyaan dari pengikutnya.

Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Selain itu, beliau akan mengelak daripada menjawab soalan yang diluar bidang kepakarannya mengenai hukum fatwa keran bimbang ia boleh mendatangkan fitnah.

“Seperti meminta saya menerangkan sesuatu perkara hingga melangkaui bidang kuasa hakim mahkamah syariah atau sivil, saya tidak akan jawab.

“Saya juga akui memang pernah menerima gambar lucah sama ada daripada wanita, lelaki mahupun mak nyah tetapi semuanya diabaikan,” katanya.

Seorang lagi pendakwah popular, Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi mementingkan batas pergaulan apabila bergambar dengan wanita dan hanya bersetuju mengambil gambar pada jarak tertentu.

Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi

“Jika kebetulan isteri ada bersama ketika itu, biasanya saya akan perkenalkannya kepada peminat dan mengajak dia bergambar bersama peminat saya.

“Walaupun isteri, dia bukan jenis cemburu tetapi sebagai suami, saya perlu tahu batas-batas hukum pergaulan dan tidak melukakan hati isteri saya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori