Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kepimpinan Terengganu Mampu Selesaikan...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yakin kepimpinan...

Petani Perlis Rayu PM...

ARAU - Lebih 40,000 petani di negeri ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri...

Kerajaan Negeri Pahang Komited...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hampir 58 peratus...

Zon Larangan Guna Telefon...

KUALA LUMPUR - Zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang...

Victoria’s Secret Ditutup Akibat ‘Diserbu’ Pengunjung

KOTA KINABALU – Sebuah cawangan Victoria’s Secret yang terletak di kompleks beli belah Imago di KK Square di sini, terpaksa ditutup susulan ‘diserang’ peminat jenama berkenaan sejak tengah hari tadi.

Perkara itu diumumkan susulan pengumumam mengenai jualan promosi produk minyak pewangi dan losyen yang hanya berharga RM29 berbanding asalnya iaitu RM79.

Jualan harga murah itu nyata mendapat sambutan luar biasa apabila gedung jenama antarabangsa itu terpaksa menghentikan operasinya pada jam 3 petang susulan kehabisan stok.

Beberapa video dan gambar yang menunjukkan para pengunjung berebut-rebut bagi mendapatkan produk berkenaan turut menjadi tular dan seperti biasa ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman Facebook.

Malah dalam video berkenaan, kekecohan turut menyebabkan pintu premis ditolak berulang kali semasa mahu menutupnya, sehingga pengawal keselamatan terpaksa mengawal keadaan.


Jualan yang bermula sejak jam 11 pagi itu telah menarik minat orang ramai dan difahamkan ada di antara mereka yang telah beratur sejak 8 pagi tadi untuk menunggu giliran membeli pewangi berkenaan.

Situasi tersebut menyebabkan ada antara mereka terpaksa beratur sehingga ke kawasan luar pusat beli belah berkenaan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori