Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Tayar Pneumatik, Motosikal...

PUTRAJAYA - Tayar pneumatik dan motosikal elektrik adalah barangan terbaru yang kadar cukainya...

SADA Siap Sedia Tangani...

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) kini bersedia menangani...

Video Lucah ‘Syafiq Kyle’...

INDUSTRI hiburan negara hari ini digemparkan dengan penularan klip video yang dikatakan memaparkan...

PICKids Di Pulau Pinang...

GEORGETOWN : Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang akan bermula...

Vida Diarah Selesaikan Tuntutan LHDN

IPOH – Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan & Associates.

Zailan ketika ditemui pemberita memaklumkan perbincangan akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu Nor Hidayah menjelaskan LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran dan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.


Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori