PETALING JAYA – Rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, tular di laman sosial sejak semalam.
Video berdurasi 41 saat itu dipercayai dirakam pada Ahad oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI, kira-kira jam 10.30 pagi.
Menerusi rakaman, ia menunjukkan lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit mencabut, membuang dan mematahkan beberapa bendera BN di tepi jalan tidak jauh dari Balai Polis TTDI di sini.
Menyedari tindakannya itu dirakam, lelaki terbabit kemudian mengeluarkan perkataan dan isyarat lucah terhadap individu merakam tindakannya.
“F** off men, f*** off men!” ujar individu yang dilihat berseluar pendek dan berbaju putih itu.
Susulan insiden sabotaj itu, tiga laporan berhubung kejadian itu telah dibuat daripadaĀ pihak yang memasang bendera, kumpulan yang merakamkan insiden dan Pemuda UMNO Segambut.
Polis kini sedang mengesan pelaku di dalam video dan meminta mana-mana individu yang melihat kejadianĀ diminta tampil memberi kerjasama dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat
Sementara itu,Ā Ketua Pemuda UMNO bahagian Wilayah Persekutuan mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi awal bagi mencetuskan keadaan hura-hara selepas Parlimen dibubarkan.
“Kami yakin individu tersebut merupakan ahli parti Pembangkang yang menerima upah dari Pakatan Harapan untuk mensabotaj seberapa banyak aset BN.
“Perkara ini tidak boleh dianggap mudah kerana ianya melibatkan maruah sesebuah parti, justeru itu kami menggesa orang ramai yang melihat kejadian ini segera melaporkan kepada pihak polis.
“Dalam masa yang sama, kami berharap seluruh jentera Pemuda BN Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan pelbagai ancaman pembangkang yang sudah sekian lama menjadi amalan mereka semasa menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14),”Ā katanya dalam kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC