Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kisah Hidup Teruk Dihentam,...

Kalau dah namanya artis, pasti tak lari daripada kecaman. Ada sahaja yang tak...

Dr Noor Hisham Muncul...

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang...

Pelajar Kolej Vokasional Dibelasah...

KUALA TERENGGANU - Dituduh ingkar arahan, dua pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus...

Tokwan Belum Insaf

BALING - Seorang warga emas berusia 66 tahun, antara penagih ditahan dalam operasi...

Video: Mabuk Ketum Atau Sengaja Cari Pasal?

AKSI berbahaya seorang lelaki yang menunggang motosikal di tengah-tengah lebuh raya tanpa memakai helmet mengundang kemarahan ramai netizen di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke arah Skudai, Johor itu dirakam seorang pemandu lain yang kemudian dikongsikan menerusi laman sosial Facebooknya.

Highway (lebuhraya) menghala ke Skudai… macam dah mabuk je orang ni, betul-betul santai dia ni,” kata perakam video sambil didengari suara seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Dalam rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu, penunggang motosikal jenis skuter terbabit dilihat terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan jalan sambil sebelah kakinya diletakkan pada palang pemacu motosikal.


Lebih meresahkan apabila lelaki itu turut menghalang laluan kenderaan lain selain tidak mengendahkan amaran meskipun hon dibunyikan beberapa kali oleh pemandu di sekitarnya.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, lelaki berkenaan mungkin berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah berikutan keadaan fizikalnya yang langsung tidak menunjukkan seorang yang berada dalam keadaan waras.

“Betul lah orang cakap kalau minum ketum waktu tengah hari nanti badan boleh jadi panas… hmm berapa bungkus lah gamaknya dia tibai sampai overdose macam tu?” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori