Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KKM Tak Manipulasi Data...

PUTRAJAYA - Data harian kes positif COVID-19 yang diumumkan setiap hari diperoleh melalui...

RON97 Naik Lagi 3...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08...

Ika Nabella Mohon Maaf...

HANYA kerana rakaman video secara boomerang yang secara tidak sengaja menampakkan seolah-olah sedang bercumbuan,...

ROS Nafi Dakwaan Luluskan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah...

Video: Mangsa Terkulai Dalam Teksi Lepas Dirempuh

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun maut dalam keadaan tragis setelah teksi yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam kajadian di persimpangan lampu isyarat  di Commonwelth Avenue West, Singapura, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Kathy Ong, 19, yang merupakan mahasiswa University Nasional Singapura (NUS) meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara tiga lagi rakannya yang juga penuntut NUS dan pemandu teksi tersebut dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Detik-detik kemalangan yang mengejutkan itu turut dirakam melalui kamera dashcam sebuah kenderaan lain sebelum ia dikongsikan secara meluas dari kalangan netizen tempatan.

Berdasarkan pemerhatian daripada rakaman video berdurasi 34 saat itu, teksi silvercab yang dinaiki mangsa memasuki simpang ke jalan Clementi Road sebelum dirempuh sebuah kereta kelabu pada kelajuan tinggi.


Kesan rempuhan itu membuatkan Kathy yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang menerima impak hentaman kuat sehingga membuatkan teksi berkenaan berpusing di luar kawalan.

Netizen beranggapan mangsa yang hampir tercampak keluar itu berkemungkinan tidak memakai tali pinggang keledar ketika insiden berlaku.

Kejadian itu bagaimanapun masih disiasat polis dan pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat itu kini ditahan bagi membantu siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori