Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Harap Tiada Lagi Gangguan...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai...

Mesyuarat Khas Raja-Raja Bincang...

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipercayai telah berlangsung di Istana...

Dubai Haram Periksa Telefon...

DUBAI mengharamkan sebarang aktiviti memeriksa telefon bimbit pasangan suami isteri tanpa pengetahuan pasangan...

KKMM Kaji Tambah PJK...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah...

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi perlawanan persahabatan malam tadi.

Menerusi pautan di laman Facebook Johor Southern Tigers, TMJ muncul dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang mengatakan baginda terlalu gembira dengan kejayaan itu.

Baginda turut berkata rekod tidak pernah menang sejak memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berakhir.

“Tidak kisah lawan Bhutan ker, budak sekolah ker, menang tetap menang. Sekurang-sekurangnya ada satu kemenangan.

“Mesyuarat (khas Jawatankuasa Eksekutif atau Exco FAM) esok. Jadi ketika ini, jika berdasarkan rekod, saya masih presiden, esok baru bukan.


“Satu kemenangan, well done (syabas) Harimau Malaya. Terima kasih Harimau Malaya,” kata baginda.

Kemenangan  7-0 ke atas Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam adalah kejayaan pertama skuad Harimau Malaya yang kini dikendali Tan Cheng Hoe selepas gagal meraih sebarang kemenangan sejak penghujung 2016.

Kapten pasukan, Zaquan Adha menjaringkan empat gol, manakala tiga lagi gol disumbangan Irfan Zakaria, Syafiq Ahmad dan juga Wan Zack Haikal. -MYNEWSHUB.CC

Kategori