Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pakatan Harapan Umpama Kera...

1. Pimpinan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat sangat kemaruk kepada kuasa hingga...

Petronas Akan Bincang Cadangan...

PETALING JAYA - Petronas Dagangan Bhd. hari ini mengambil maklum cadangan kementerian supaya...

Remaja Ditahan Tipu Jual...

PENGGUNA yang sering membeli barang secara dalam talian (online) perlu lebih berhati-hati bagi...

Azrel Yakin Teman Wanitanya...

SEJAK semalam, nama pelakon Ruhainies dan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu hangat...

Video: Tidur Mati Sampai Ke Balai Polis!

SEREMBAN – Seorang pemandu teksi mengalami situasi cemas apabila penumpangnya yang tertidur tidak sedarkan diri walaupun sudah dikejutkan berkali-kali.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pemandu teksi berkenaan terpaksa berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan cara menjerit dan menggoncangkannya namun usaha itu tidak berjaya.

“Bos… Bos…hello bos, hello…sudah sampai sudah sampai,” pekiknya sambil memberitahu lokasi kenderaaannya yang sudah tiba di kawasan perumahan di Taman Sri Pulau, di sini.

Buntu dengan keadaan pelik itu, pemandu itu kemudianya terpaksa membawa penumpangnya ke balai polis Sikamat di sini untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Ketua polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur pada 9 pagi Isnin, berikutan mahu pulang ke rumahnya di Sikamat.

Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 20-an itu tidak memberikan alamat rumah lengkap setibanya mereka di kawasan taman perumahan terbabit.

“Sepanjang perjalanan, lelaki itu dikatakan tertidur sehingga tiba di taman berkenaan pada 11 pagi, namun cubaan pemandu teksi mengejutkannya gagal.


“Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu daripada tidur gagal, pemandu teksi terbabit membawanya ke Balai Polis Sikamat untuk bantuan,” katanya memetik BH Online.

Difahamkan, lelaki terbabit tertidur dalam teksi berkenaan selama tiga jam sebelum tersedar di balai polis tersebut.

Beberapa anggota polis turut membantu mengejutkan lelaki itu, namun masih gagal. Bagaimanapun berdasarkan maklumat pada dokumen pengenalan diri lelaki itu, polis menghubungi ibunya yang berusia 55 tahun,

Keluarganya yang diminta datang ke balai polis dan mendapati lelaki tersebut masih tidur dan berusaha untuk mengejutnya sehingga dia akhirnya terjaga.

Ibunya memberitahu anak bongsunya itu memang selalu berdepan dengan masalah sukar bangun tidur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori