Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kuku Dan Taring Harimau,...

KUALA LUMPUR - Kuku dan taring harimau serta air mani gajah antara yang...

Undi MUDA Undi PH

Penubuhan parti MUDA sebenarnya taktikal PH untuk mendapatkan sokongan pengundi muda pada PRU-15?Itu...

Bertindak Tegas Media Sosial...

KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah...

Anda Pasti Tidak Bazir...

Boleh dikatakan anda yang sedang membaca artikel ini kebanyakannya pasti sudah makan tengah...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini menang bagi mewakili mereka dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini bagi membolehkan “suara kaum” itu yang meliputi kira-kira 6.5 peratus atau 74,511 jumlah pengundi di negeri ini mendapat perhatian kerajaan dan pada masa sama bersama-sama kerajaan dalam membuat dasar dan keputusan.

“Pada PRU13 yang lalu. kita tidak dapat melantik exco dari kaum India disebabkan kedua-dua calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Lunas kalah,” katanya yang juga pengerusi BN negeri ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama masyarakat India di Alor Semadom malam ini.

Pada PRU13 yang lalu, calon BN dari MIC, M Mutaiya di DUN Bukit Selambau dan S Ananthan di Lunas masing-masing kalah kepada calon daripada PKR.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan BN Kedah menampilkan dua muka baharu daripada MIC iaitu Pengerusi MIC negeri Datuk Jaspal Singh yang akan bertanding di Bukit Selambau dan M Thuraisingam di Lunas. – BERNAMA

Kategori