Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Dijangka Adakan Mesyuarat...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan mesyuarat parti komponen di ibu negara...

Serena, Naomi Rentap Final...

NEW YORK - Juara enam kali, Serena Williams menyingkirkan Anastasija Sevastova hari ini...

Mayat Ke-7 Mangsa Banjir...

SANDAKAN - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR)semalam menemui mayat mangsa ketujuh kejadian banjir...

Harimau Malaya Mampu Raih...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu...

Wan Kuzain Jadi Pemain Malaysia Pertama Di MLS

PEMAIN yang dikenali sebagai ‘Messi Amerika’ suatu masa dahulu, Wan Kuzain Wan Kamal diumumkan sebagai pemain skuad utama Sporting Kansas City, yang beraksi di Western Conference, Major League Soccer (MLS), iaitu liga bola sepak Amerika Syarikat.

Berita ini nyata menggembirakan Wan Kuzain serta seluruh rakyat negara apabila seorang pemain berdarah Malaysia bakal menempa nama dalam liga berprestij luar negara.

Liga berkenaan menjadi tempat persinggahan pemain-pemain ternama dunia seperti David Beckham, Thierry Henry, Andrea Pirlo, David Villa dan yang terbaharu, Zlatan Ibrahimovic.

Khabar gembira itu diumumkan kelab Sporting Kansas City sendiri di laman sosial Twitter mereka yang mengatakan bahawa Wan Kuzain telah ditandatangani sebagai pemain ‘homegrown’ sehingga tahun 2020.

Kontrak tersebut turut mengandungi pilihan untuk dilanjutkan sehingga tahun 2021 atau 2022.

Peraturan ‘homegrown’ merupakan salah satu syarat dalam MLS yang membolehkan pasukan liga itu menandatangani pemain tempatan dari akademi pembangunan mereka sendiri terus ke pasukan utama.

Untuk makluman, Wan Kuzain telah bermain dengan skuad pembangunan Sporting Kansas City yang dikenali sebagai Swope Park Rangers sejak tahun 2017 dan telah beraksi dalam 13 perlawanan untuk skuad itu pada tahun lalu.

Wan Kuzain juga membantu Swope Park Rangers menjuarai Western Conference, United Soccer League (USL), yang merupakan liga divisyen dua di Amerika Syarikat, pada hujung tahun lepas.

Lebih mengujakan peminat, Sporting Kansas City kini berada di tangga pertama kedudukan Western Conference MLS di atas kelab terkenal MLS, LA Galaxy yang kini menjadi pasukan terbaharu penyerang berbisa dari Sweden, Ibrahimovic.

Kedudukan Carta Western Conference MLS Setakat Ini.

Dalam kenyataannya di laman web kelab tersebut, ketua jurulatihnya, Peter Vermes menyifatkan Wan Kuzain sebagai pemain tengah yang memiliki kualiti, sikap dan mentaliti yang tepat untuk menjadi pemain yang berjaya di masa hadapan.

Wan Kuzain melalui kenyataannya pula berkata bahawa dia sangat teruja dan berterima kasih atas peluang yang diberikan kelab berkenaan.

“Ini adalah sesuatu yang semua pemain muda ingin alami. Ia merupakan suatu perjalanan yang menarik sejak berada di kelab ini.

“Saya berpindah dari akademi ke (Swope Park) Rangers dan sekarang mendapat peluang bermain dengan pasukan utama.


“Saya bukan hanya mewakili diri saya, saya mewakili semua jurulatih dan kakitangan akademi,” ujar Wan Kuzain dalam kenyataan itu.

Bagi yang tidak mengenalinya, Wan Kuzain merupakan seorang pemuda berusia 19 tahun yang dilahirkan di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat di mana kedua ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sana.

Wan Kuzain mula dikenali rakyat Malaysia kira-kira lapan tahun lalu apabila satu rakaman video menunjukkan kelincahannya menggelecek pemain lawan ketika usianya 12 tahun menjadi tular.

Sejak daripada itu, peminat bola sepak negara mengikuti dengan rapat perkembangannya dan ternyata ramai teruja apabila Wan Kuzain datang bercuti ke Malaysia pada hujung tahun lalu.

Lahir di negara Uncle Sam itu, Wan Kuzain layak mewakili Amerika Syarikat dan juga Malaysia melalui pertalian darah daripada ibu bapanya yang membuatkan seluruh negara mengharapkan dia memilih untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Dalam temubualnya bersama majalah FourFourTwo Malaysia tahun lalu, Wan Kuzain mengakui masih belum mendapat panggilan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk beraksi bersama pasukan negara.

Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan memperkuatkan barisan Harimau Malaysia sekiranya dipanggil menyertai skuad itu di masa hadapan.

Selain dirinya, Wan Kuzain mempunyai seorang adik, Wan Kuzri yang juga berbakat dalam bidang bola sepak dan pada tahun lalu, dipanggil menyertai skuad muda Amerika Syarikat dikenali sebagai US Youth National Team 02.

Tersebarnya berita ini, seluruh peminat bola sepak negara kini menaruh harapan kepada Wan Kuzain untuk berjaya dalam liga bola sepak negara itu dan terus beraksi di luar negara di masa hadapan.

Rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa Wan Kuzain hanya perlu pulang ke negara ini membantu pasukan kebangsaan dan tidak sepatutnya bermain dalam Liga Malaysia bimbang kualiti persembahannya menurun. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori