Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Van Gaal Ulangi Minat...

LONDON - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menyuarakan minat untuk mendapatkan Cristiano...

Polis Jejaki 3 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengenalpasti tiga individu yang...

UPSR Diganti Pentaksiran Berasaskan...

PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan untuk...

Setahun Dalam Hutan, Tak...

BAYANGKAN apa perasaan peserta realiti ini apabila mereka telah menghabiskan masa selama setahun...

Wanita 83 Tahun Tak Pernah Tinggal Mengundi

BALIK PULAU – Usianya mencecah 83 tahun, tetapi wanita warga emas ini tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pah Aishah Sh Mohd yang tinggal di Kampung Seronok di Balik Pulau di sini, berkata jika dihitung, PRU14 ini merupakan kali ke-13 dia mengundi pada pilihan raya umum.

“Memang (saya) tak pernah tinggal turun mengundi, dari awal dulu sampai sekarang pun masih nak turun (mengundi),” katanya.

Pengundi di kawasan Parlimen Balik Pulau itu ditemui semasa lawatan calon Barisan Nasional (BN) untuk parlimen tersebut Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ke kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Seronok, di sini hari ini.

Pah Aishah berkata dia bersyukur dengan pembangunan dan kemajuan yang dibawa anggota parlimen BN ke kawasan itu.


“Memang nampak jalan semakin elok, senang (orang ramai) nak guna, orang berniaga pun senang di sini,” katanya. – BERNAMA

Kategori