Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Cuba Ingat Anak Cucu’...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya...

Majlis Angkat Sumpah MB...

JOHOR BAHRU : Siapa Menteri Besar (MB) Johor ke-19 dijangka terjawab petang ini.Ia...

Pembeli Makanan Gerai Di...

BATU GAJAH - Orang ramai di sekitar Batu Gajah yang membeli makanan di...

“Allah Selamat Seorang Lagi...

KUALA LUMPUR - Walaupun seorang anaknya terkorban dalam kejadian kebakaran sekolah tahfiz ini,...

Wanita BN Harap Lebih Ramai Wanita Dicalonkan

KOTA SAMARAHAN – Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap lebih ramai calon wanita akan diketengahkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata dalam usaha memenangi pilihan raya nanti, peluang kepada wanita tetap perlu diberi perhatian.

“Saya pun berdebar nak tunggu dan tengok peratusan wanita yang akan diberi tempat nanti, saya yakin semua Pengerusi BN Negeri, Ketua Menteri dan Menteri Besar akan menentukan ada calon wanita pada pilihan raya nanti. Kita memang mengharapkan kemenangan dalam waktu yang sama, perlu beri peluang kepada calon wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU14 Wanita BN Sarawak di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon wanita Sarawak, Shahrizat berkata negeri ini memiliki rekod baik penglibatan wanita sebagai anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Berkenaan Sarawak pula, negeri ini mempunyai rekod prestasi yang baik membabitkan penglibatan wanita sebagai anggota Parlimen dan ADUN, saya harap dalam PRU14 akan ada peningkatan rekod kerana mereka (Sarawak) sentiasa konsisten memberi peluang kepada wanita.


“Tadi pun saya dah bisik dengan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) berkenaan penambahan calon wanita dari Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata Wanita BN mempunyai templat teras yang akan digunakan jentera pergerakan tersebut menghadapi PRU14.

Katanya sistem tersebut akan digunakan oleh seluruh negeri, namun ada sedikit kelainan mengikut kesesuaian mereka, mengambil kira faktor geografi dan lain-lain. – BERNAMA

Kategori