Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dana RM100 Juta Untuk...

KOTA BELUD - Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM100 juta bagi membantu memperluas peluang...

Pemandu Lori Miliki 16...

AMPANG - Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki...

Jawatan Menteri Pendidikan Milik...

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengadakan mesyuarat bagi memilih Menteri...

17 Individu Ditahan Dalam...

BAGAN SERAI - Seramai 17 orang termasuk dua wanita masing-masing warga Thailand dan...

Wanita Hamil Terjatuh Di Atas Trek Nyaris Dirempuh LRT

KUALA LUMPUR – Sistem pemberhentian tren yang menghampiri platform jika ada objek dikesan di atas trek, menyelamatkan seorang wanita hamil empat bulan yang tergelincir lalu terjatuh di atas trek di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.48 pagi, wanita berusia 26 tahun itu sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja sebelum tergelincir lalu terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform.

Menurut kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) polis bantuan Prasarana bersama pegawai operasi stesen bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

“Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk menyelamatkan mangsa sebelum membawa wanita itu ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih seperti sediakala pada pukul 8.15 pagi setelah lewat hampir 25 minit.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Khairani Mohamed berkata sistem “Platform Intrusion Emergency Stop”(PIES) berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi tujuh kilogram pada plat PIES di trek.


Menurutnya, PIES dipasang di semua platform di stesen LRT laluan Kelana Jaya manakala bagi stesen bawah tanah dan LRT Laluan Ampang serta Sri Petaling kerja-kerja pemasangan PIES sedang dijalankan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen berfungsi dengan baik. PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata dunia bagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek,” kata Khairani. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LRT

Kategori