Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berlembut Pendekatan Terbaik Perangi...

KUALA LUMPUR – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang...

Penyokong Indonesia Bersikap Biadab...

KUALA LUMPUR - Belum pun reda dengan insiden serangan balingan botol ke atas...

Dulu Disisih, Kini Tiba-tiba...

SUNGAI BESAR - Mungkin masih ramai mengingati insiden menyayat hati menimpa Siti Nuraisyah...

Kembar 3 Bersyukur Ibu...

MAKKAH - Tiga beradik kembar seiras meluahkan rasa syukur kerana keputusan ibu bapa...

Warga Emas Hilang Ketika Jerat Binatang Di Hutan

LUMUT – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar untuk ​​​​menjerat binatang di hutan berhampiran Teluk Rubiah, Seri Manjung di sini, sejak empat hari lepas.

Mangsa, Ho Tong Chim, 89, yang tinggal di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK), di sini, difahamkan ke lokasi kejadian sebelum didapati tidak pulang ke rumah hingga 9.45 malam, Ahad lepas (semalam) dan setakat 11.30 pagi tadi, beliau masih belum ditemui.

Anak mangsa, Ho Yong Ming, 50, berkata bapanya yang mempunyai masalah ingatan dan pendengaran selain menghidap penyakit batu karang itu keluar dari rumah pada 2.30 petang untuk ke hutan dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.

“Sebenarnya bapa saya sudah lima bulan tidak menjerat dan semasa saya ke rumahnya pada petang Ahad, dia hanya beritahu mahu keluar sahaja, namun selepas dua jam bapa masih tidak pulang.

“Saya dan beberapa rakan terus ke hutan dan menemukan motosikal bapa di hutan itu, namun bapa masih belum dijumpai,” katanya ketika ditemui di pos operasi pasukan penyelamat di sini, hari ini.

Berikutan itu,Yong Min telah membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan lanjut dan satu gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung bersama pihak polis.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Shuib Idris berkata radius pencarian mangsa telah diluaskan hingga dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang dan setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemukan hingga 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata pihaknya turut menjumpai beberapa kesan tapak kaki, namun tidak boleh dipastikan sama ada ia adalah tapak kaki mangsa.


“Operasi menumpukan pencarian di kawasan denai dan lereng, juga lokasi yang mangsa sering pergi menjerat, selain kita juga perluaskan di kawasan bukit.

“Jerat baharu juga tidak ditemukan, selain tiada barang mangsa yang dijumpai dan operasi ini turut dibantu dua anak lelakinya bersama pasukan penyelamat,” katanya.

Katanya operasi mencari itu melibatkan 122 anggota daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan orang awam. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori