Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rohingya: Erdogan Mulakan Langkah...

KETIKA dunia Islam menyepi dan cuba mengasingkan diri dari terlibat secara agresif dalam...

5 Sekolah Dapat Pengiktirafan...

ALOR SETAR - Lima sekolah di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai 'International Baccalaureate...

Bomba Bawa Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu masyarakat Orang Asli dari Pos Simpor di sini...

PM Rasmi Prapelancaran Forum...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis...

Warga Emas Maut Terkena Renjatan Elektrik

YAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena renjatan elektrik sewaktu kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Singkir Darat, di sini, awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, mangsa, Ghazali Din, 62, merupakan pemilik rumah terbabit.

“Bomba menerima laporan berhubung kebakaran pada jam 10.27 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi 15 minit kemudian, bagaimanapun rumah terbabit ketika itu sudah 70 peratus terbakar.

“Menurut ahli keluarga, mangsa dikatakan cuba menarik kabel elektrik di luar rumah bagi mengelak api daripada merebak ke rumah jiran namun terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya, sewaktu kebakaran berlaku, mangsa dikatakan berada di rumah bersama isteri dan tiga ahli keluarga lain.


Fauzi berkata, operasi pagi tadi membabitkan seramai enam orang anggota dari BBP Yan, dibantu anggota BBP Sungai Petani, serta bomba sukarela dari Tanjung Dawai, Sungai Limau dan Bedong.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat..Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori